Monday, April 14, 2014

RPH MINGGU KE - 15

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 15 [ 7 - 11 APRIL 2014 ]
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 3 

Tarikh/Hari
07.04.2014/Isnin
Kelas
3J/K
Masa
12.50-2.00 petang
Subjek
 Pendidikan Moral
Tajuk
Bidang 1 : Nilai Berkaitan Perkembangan Diri
Tujuan
Melatih pelajar untuk mengaplikasikan nilai-nilai berkaitan perkembangan diri yang sudah dipelajari.
BBM
Lembaran kerja PBS
Objektif  P&P
Pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai berkaitan perkembangan diri berdasarkan soalan berbentuk situasi 
yang diberi.
Hasil Pembelajaran
1. Bersikap amanah dalam hubungan dengan anggota keluarga dengan 
individu lain.
2. Menghindari amalan yang boleh menjejaskan maruah diri.
3. Menjalankan tanggungjawab di rumah, sekolah dan dalam masyarakat 
dengan sempurna.
4. Menyayangi dan tidak memusnahkan semua kehidupan di dunia.
5. Menerima dan mengamalkan prinsip keadilan di sekolah.
Penerapan Nilai
Amanah, Menjaga Maruah Diri, Bertanggungjawab, Kasih Sayang dan 
Bersikap Adil.
Aktiviti
Guru memberi penerangan untuk memudahkan pelajar menjawab soalan PBS.
Refleksi
P&P berjalan lancar dan pelajar dapat menjawab soalan PBS .


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3

Tarikh/Hari
07.04.2014/Isnin
Kelas
3F/3G
Masa
3.25 - 4.35 petang
Subjek
Pendidikan Moral
Tajuk
Unit 9 : Hidup Bermakna Tanpa AIDS
Tujuan
1. Mengenal pasti bantuan yang boleh diberikan kepada penghidap AIDS.
2. Melatih pelajar menyenaraikan amalan gaya hidup sihat  tanpa AIDS.
BBM
Buku latihan, buku teks
Objektif  P&P
1. Pelajar dapat menyatakan bantuan yang patut diberikan kepada 
pesakit AIDS.
2. Pelajar dapat menyenaraikan amalan gaya hidup sihat dalam menjauhi 
gejala yang tidak bermoral.
3. Pelajar dapat menyatakan objektif penubuhan PROSTAR.
Hasil Pembelajaran
1. Memahami serta menyelami perasaan dan kesengsaraan yang dialami 
oleh penghidap HIV.
2. Mengenali PROSTAR dan mengetahui objektif penubuhannya.
3. Mengenal pasti aktiviti anjuran PROSTAR selaras dengan amalan hidup sihat.
Penerapan Nilai
Menyayangi diri sendiri, Mengamalkan gaya hidup sihat.
Aktiviti
Pelajar menjalani pembentangan tajuk yang sudah dibahagikan mengikut 
kumpulan manakala guru memerhati sambil menambah sedikit penerangan 
berkenaan tajuk berkaitan.
Refleksi
P&P berjalan lancar dan pelajar memberi kerjasama yang sangat baik 
sepanjang sesi pembentangan berlangsung.



PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3


Tarikh/Hari
07.04.2014/Isnin
Kelas
3L
Masa
4.35 - 5.45 petang
Subjek
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tajuk
Tema 3 : Hidup Bermasyarakat
Unit 4 : Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Tujuan
Melatih pelajar berfikir untuk menyatakan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan 
alam sekitar
BBM
Buku latihan, buku teks
Objektif  P&P
Pelajar dapat menyenaraikan aktiviti yang sesuai untuk memelihara dan 
memelihara kehijauan sekolah.
Hasil Pembelajaran
1. Merancang projek kecil untuk memelihara dan memulihara alam sekitar 
di kawasan sekolah.
2.  Melibatkan diri dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.
Penerapan Nilai
Tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar.
Aktiviti
Guru menyalin nota di papan tulis dan pelajar menyalin di buku nota 
masing-masing. 
Guru memberi penerangan serba ringkas tentang tajuk yang diajar.
Refleksi
P&P berjalan lancar dan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 
soal jawab di dalam kelas. 


======================================



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 15 [ 7 - 11 APRIL 2014 ]
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3 


Tarikh
08.04.2014 (Selasa)
Kelas
3I
Masa
12.50-2.00 ptg
Subjek
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tajuk
Masa Pertama :
Tema 2 : Hubungan Kekeluargaan
Unit 3 : Tanggungjawab Dijaga Keluarga Sempurna
______________________________________________________
Masa Kedua :
Tema 1 : Pencapaian Kendiri
Unit 2 : Membuat Keputusan - PBS
Tujuan
Masa Pertama : 
Melatih pelajar berfikir untuk menyenaraikan langkah-langkah untuk menjaga 
dan melindungi keselamatan keluarga.
Masa Kedua :
Melatih pelajar untuk memikirkan kesan dan akibat dari keputusan yang 
dibuat dalam semua situasi.
BBM
Buku teks, buku nota, lembaran kerja PBS
Objektif  P&P
Masa Pertama :  
Pelajar dapat menyenaraikan langkah-langkah untuk menjaga  dan melindungi 
keselamatan keluarga.
 ______________________________________________________
Masa Kedua : 
Pelajar dapat menganalisis kesan keputusan yang dibuat terhadap diri 
dan orang lain.
Hasil Pembelajaran
Masa Pertama : Menjaga keselamatan dan melindungi anggota keluarga 
Masa Kedua : Membuat keputusan yang bijak dan adil serta 
bertanggungjawab dalam semua situasi.
Penerapan Nilai
Bertanggungjawab, Prihatin dan Tumpuan.
Aktiviti
Guru memberi penerangan tentang tajuk yang diajar pada minggu itu. 
Kemudian, pada masa kedua, guru mengedarkan lembaran kerja PBS dan 
memberi penerangan ringkas tentang kehendak soalan untuk memudahkan 
pelajar menjawab soalan PBS.
Refleksi
P&P berjalan dengan lancar dan pelajar dapat menjawab PBS dengan baik.



PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3

Tarikh
08.04.2014 (Selasa)
Kelas
3G
Masa
3.25 - 4.35 petang
Subjek
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Tajuk
Masa Pertama :
Tema 2 : Hubungan Kekeluargaan
Unit 3 : Tanggungjawab Dijaga, Keluarga Sempurna
______________________________________________________
Masa Kedua :
Tema 1 : Pencapaian Kendiri
Unit 2 : Membuat Keputusan - PBS
Tujuan
Masa Pertama : 
Melatih pelajar berfikir untuk menyenaraikan amalan baik yang dapat menjaga 
maruah keluarga.
Masa Kedua :
Melatih pelajar untuk memikirkan kesan dan akibat dari keputusan yang dibuat 
kepada diri dan orang lain.
BBM
Buku teks, buku nota, lembaran kerja PBS
Objektif  P&P
1. Pelajar dapat menyenaraikan amalan baik yang dapat menjaga maruah 
keluarga.
2. Pelajar dapat menganalisis kesan keputusan yang dibuat terhadap diri dan 
orang lain.
Hasil Pembelajaran
Masa Pertama Menjaga nama baik keluarga.
Masa Kedua : Prihatin tentang keputusan yang diambil terhadap orang lain.
Penerapan Nilai
Tanggungjawab, Menyayangi Keluarga, Adil dan Bijak dalam Membuat Keputusan, 
Keyakinan Diri dan Tumpuan.
Aktiviti
Guru mengajar tentang sub topik terakhir dalam Tema 2 dan pada masa kedua, 
guru mengambil sedikit masa untuk menerangkan serba sedikit tentang lembaran 
PBS yang perlu dijawab.
Refleksi
P&P berjalan dengan lancar dan pelajar dapat menjawab PBS dengan baik.


PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 3

Tarikh
08.04.2014 (Selasa)
Kelas
3C
Masa
5.10 - 6.20 ptg
Subjek
Pendidikan Moral
Tajuk
Unit 7 : Berdikari
Unit 8 : Kerajinan
Tujuan
Unit 7 : 
1. Memahami konsep berdikari untuk mencapai kejayaan.
2. Menyedari kepentingan sikap berdikari untuk mencapai kejayaan.
3. Berdikari untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang tanpa bantuan orang lain.
Unit 8 :
1. Mengetahui bahawa kejayaan boleh dicapai melalui usaha berterusan.
2. Mencontohi sikap individu yang telah berjaya.
3. Mengamalkan sikap kerajinan untuk mencapai kejayaan.
BBM
Buku latihan, buku teks
Objektif  P&P
Unit 7 : 
Pelajar dapat menyatakan konsep dan menyenaraikan kepentingan sikap berdikari
 untuk mencapai kejayaan.
Unit 8 :
Pelajar dapat menyenaraikan amalan kerajinan dari sikap individu yang telah 
berjaya untuk dijadikan contoh.
Hasil Pembelajaran
Unit 7 
1. Menyatakan kepentingan sikap berdikari untuk mencapai kejayaan dalam bidang 
yang diceburi.
2. Menilai kemampuan diri untuk berdikari.
3. Mencontohi sikap berdikari seseorang yang telah berjaya.
Unit 8 :
1. Mengetahui kepentingan sikap rajin untuk berjaya dalam pelbagai bidang.
2. Mengambil iktibar daripada orang yang telah berjaya.
Penerapan Nilai
Rajin, Berdikari, Kerjasama dan Tumpuan.
Aktiviti
Guru menerangkan dengan terperinci tentang tajuk yang diajar.
Refleksi
P&P berjalan lancar dan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti 
soal jawab/sumbang saran dengan aktif.

0 comments:

Post a Comment